Sabtu, 21 September 2019 | 10:46am

Keadaan jerebu di Malaysia tidak banyak perubahan

KUALA LUMPUR: Masalah jerebu di Semenanjung hari ini tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara berbanding semalam, dengan beberapa lokasi masih menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap kurang sihat.

Bacaan IPU di sekitar ibu negara sehingga jam 7 pagi tadi masih berada pada tahap tidak sihat, dengan Batu Muda dan Cheras, masing-masing mencatat bacaan 133 dan 142, manakala di Putrajaya (141).

Di Selangor, empat lokasi turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat membabitkan Petaling Jaya (127), Shah Alam (107), Banting (118) dan Johan Setia, Klang (138).


KELIHATAN berjerebu di Lebuh Raya Persekutuan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara mencatatkan (IPU) 111 paras tidak sihat pada jam 9.30 pagi. NSTP/Saddam Yusoff.


BANGUNAN MBSA kelihatan jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara mencatatkan (IPU) 111 paras tidak sihat pada jam 9.30 pagi. NSTP/Saddam Yusoff.

Sementara itu, dua lokasi di Negeri Sembilan juga mencatat IPU tidak sihat pagi ini iaitu Nilai (137) dan Seremban (118), yang memperlihatkan peningkatan berbanding bacaan pada jam 9 malam tadi.

Di Johor, satu lokasi masih mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu di Segamat (116).


MELAKA 21 SEPTEMBER 2019. Kadar bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) (82) pada tahap sederhana pada jam 9 pagi ketika tinjauan di Pusat Bandaraya Melaka. Manakala bacaan IPU di Alor Gajah (93) dan Bukit Rambai (90). NSTP/RASUL AZLI SAMAD.


PEKERJA kontraktor memakai penutup hidung dan mulut ketika melakukan kerja pembersihan walaupun jerebu pada tahap sederhana ketika tinjauan di Jambatan Syed Abdul Aziz, Banda Hilir. Kadar bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) (82) pada tahap sederhana pada jam 9 pagi ketika tinjauan di Pusat Bandaraya Melaka. Manakala bacaan IPU di Alor Gajah (93) dan Bukit Rambai (90). NSTP/Rasul Azli Samad.

Bagaimanapun, keadaan jerebu di Sarawak dilihat semakin baik apabila bacaan IPU di tujuh lokasi setakat jam 8 pagi ini menunjukkan penurunan, namun masih berada pada tahap tidak sihat.

Bacaan IPU di Miri menurun kepada 96 pagi ini iaitu di paras sederhana berbanding jam 9 malam tadi iaitu 108.

Dua Bintulu dan Mukah pula, masing-masing mencatatkan bacaan 105 dan 109.

Di Sarikei, bacaan terkini berada pada paras 136 berbanding 183 malam tadi, manakala di Sri Aman menunjukkan perubahan amat positif apabila menunjukkan penurunan daripada paras merbahaya (404) pada jam 9 malam tadi kepada 170 pagi ini.

Sementara itu, Samarahan mencatatkan penurunan bacaan IPU kepada 153 berbanding 192 pada jam 9 malam tadi, manakala bacaan di juga turun ke tahap 183 daripada 219.

Bagaimanapun, di Samalaju, bacaan IPU dilihat semakin meningkat ke paras 103 (tidak sihat) pagi ini berbanding paras sederhana (93) malam semalam.

Bacaan IPU di lokasi-lokasi lain di seluruh Semenanjung dan Sabah berada di tahap sederhana antara 51 hingga 100.

KELIHATAN berjerebu di Lebuh Raya Persekutuan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara mencatatkan (IPU) 111 paras tidak sihat pada jam 9.30 pagi. NSTP/Saddam Yusoff.
Berita Harian X