Sabtu, 21 September 2019 | 12:44pm
LAPORAN akhbar BH hari ini.

Penjelasan BH: Laporan tidak berkait dengan KSN

KUALA LUMPUR: Merujuk berita bertajuk, “Empat calon KPPA baharu” yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian (BH) hari ini, BH ingin menjelaskan bahawa laporan berkenaan langsung tidak mengaitkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ismail Bakar.

Sebaliknya, sebagai latar belakang kepada isu itu, BH memetik semula kenyataan KSN sebelum ini. Namun, BH memohon maaf kepada KSN, jika ada pihak secara tidak munasabah mengaitkan berita itu dengan beliau.

Berita Harian X