Isnin, 23 September 2019 | 1:35pm
DATUK Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil menunjukkan set kosmetik istimewa Borderless keluaran Alha Alfa Cosmetics. - Foto Zunnur Al Shafiq

Hubungi 011-10367119 untuk beli set Borderless Alha Alfa ABPBH 32

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin memiliki set kosmetik istimewa Borderless keluaran penaja utama Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, Alha Alfa Cosmetics boleh menghubungi talian 011-10367119 mulai sekarang.

Set Borderless yang dikeluarkan sempena ABPBH 32 mengandungi produk primer, bedak asas, span muka dan pembayang pipi yang ditawarkan pada harga istimewa RM199.90.

Pengasasnya, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil mengumumkan sebanyak 50,000 set kotak istimewa Borderless mula dipasarkan pada 14 September lalu sempena program santai kelab peminat #FANtastik dan showcase ABPBH 32 di Eco Grandeur, Puncak Alam.

"Pelanggan juga boleh membeli set Borderless di laman web kami, premis perniagaan atau menerusi stokis yang dilantik di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Kami juga menawarkan harga cukup rendah iaitu RM199.90 sekotak berbanding harga asalnya RM287,” katanya kepada BH Online.

Tambah Alha, Borderless tidak terhad kepada pengguna wanita sahaja, ia juga sesuai untuk golongan Adam yang sangat mementingkan penjagaan wajah dan penampilan.

“Sebagai contoh, produk primer kami sangat sesuai untuk lelaki yang mempunyai kulit wajah berminyak.

“Untuk bedak asas pula, kami mempunyai pelbagai rangkaian warna yang boleh disesuaikan dengan tona kulit. Ia termasuk rona gelap yang sesuai untuk golongan Adam, sekali gus menjadikan wajah mereka lebih kemas dan bergaya,"

katanya.

Terdahulu, ABPBH 32, TV3 dan BH memaklumkan berlaku ralat teknikal pada nombor telefon yang tertera untuk promosi set Borderless Alha Alfa Cosmetics yang disiarkan ketika siaran langsung ABPBH 32, malam tadi.

Mengikut kenyataan ini, nombor telefon sebenar untuk dihubungi bagi pembelian dan maklumat produk adalah 011-10367119.

Berita Harian X