Sabtu, 28 September 2019 | 2:30pm
YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri ucap takziah

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V serta seluruh kerabat Diraja Kelantan atas kemangkatan Sultan Ismail Petra, pagi tadi.

Baginda berdua mendoakan agar roh Almarhum dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama golongan solihin.

Dalam kenyataan media yang disiarkan hari ini, baginda berdua berkenan berangkat ke Kelantan untuk menziarahi Almarhum dan Sultan Muhammad V serta kerabat.

Yang diPertuan Agong turut bertitah, semua bendera di Pahang dikibarkan separuh tiang selama tiga hari, mulai esok.

Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan pada jam 8.11 pagi tadi.

Berita Harian X