Sabtu, 28 September 2019 | 8:03pm

Jenazah Sultan Ismail Petra selamat dimakamkan

KOTA BHARU: Istiadat pemakaman jenazah Ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra di Makam Diraja Langgar, di sini selesai jam 7.20 malam ini.

Terdahulu, jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra dibawa dari Istana Balai Besar selepas selesai tempoh diberikan kepada rakyat jelata dan orang kenamaan memberikan penghormatan terakhir selama dua jam sejak jam 2 petang tadi.

Pedati khas yang membawa jenazah diiringi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergerak meninggalkan pekarangan Istana Balai Besar kira-kira jam 5 petang dan tiba di pekarangan Makam Diraja Langgar yang terletak sejauh 3.4 kilometer dari istana, kira-kira sejam 30 minit kemudian.

Ribuan rakyat jelata berbaris di kiri kanan jalan sepanjang laluan digunakan pedati khas membawa jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra.

Solat jenazah diimamkan Mufti Kelantan, Datuk Mohamed Shukri yang disertai kira-kira 1,000 rakyat jelata termasuk kerabat diraja, orang kenamaan, serta kakitangan awam di Istana Balai Besar pada jam 4.56 petang, sebelum jenazah dibawa ke Makam Diraja Pekan, untuk istiadat pemakaman.

Istiadat pemakaman bermula jam 6.40 petang dengan dihadiri isteri Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan semua paduka anakandanya termasuk Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Turut berangkat, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra diarak keluar dari Istana Balai Besar dengan penuh istiadat untuk dikebumikan di Makam Diraja Langgar, dengan menggunakan pedati hari ini. Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II pagi tadi. - Foto BERNAMA

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (empat, kiri), Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah (tiga, kiri) dan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V (dua, kiri) menunaikan solat jenazah kepada Almarhum Sultan Ismail Petra di Istana Balai besar hari ini.Solat jenazah diimamkan oleh Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad (depan). - Foto BERNAMA

PENGHORMATAN TERAKHIR ... Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra yang diarak keluar dari Istana Balai Besar dengan penuh istiadat untuk dikebumikan di Makam Diraja Langgar hari ini. - Foto BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X