Jumaat, 11 Oktober 2019 | 8:43pm
DATUK Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini. - FotO Aizuddin Saad

Belanjawan rangsang ekonomi - Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Belanjawan 2020 adalah belanjawan merangsang ekonomi secara menyeluruh.

Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir urus Parlimen itu mendapati belanjawan berkenaan meliputi masalah rakyat miskin di luar bandar, bandar, wanita dan penyediaan peluang latihan vokasional.

“Saya secara objektif menyatakan belanjawan ini merangsang ekonomi. Ia memenuhi ciri-ciri merangsang ekonomi.

“Ia turut mengutamakan masalah rakyat miskin desa, bandar, wanita dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan Belanjawan 2020 memperuntuk perbelanjaan sebanyak RM297 bilion, peningkatan RM19.5 bilion berbanding RM277.5 bilion.

Sebanyak RM241 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM56 bilion perbelanjaan pembangunan.

Berita Harian X