Selasa, 15 Oktober 2019 | 6:12pm
Dr Mahathir ditemubual secara eksklusif oleh Geng Pagi Hot (GPH) iaitu Shuk, Shuib dan Fizie, di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, pada 9 Oktober lalu. - Ihsan FB Hot FM
Dr Mahathir ketika ditemubual secara eksklusif oleh Geng Pagi Hot (GPH) iaitu Shuk, Shuib dan Fizie, di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, pada 9 Oktober lalu. - Ihsan FB Hot FM

Dr Mahathir kongsi pengalaman kena buli zaman sekolah

KUALA LUMPUR: “Saya pernah dibuli,” kata ringkas Tun Dr Mahathir Mohamad apabila ditanya pengalaman zaman kanak-kanak beliau oleh Geng Pagi Hot FM yang disiarkan di stesen radio itu, pagi tadi.

Perdana Menteri berkata, beliau dibuli rakan sekolah yang juga jirannya.

“Saya pernah dibuli. Saya beli belon, 2 sen dapat tiga belon. Saya jual satu belon (harga) 1 sen.

“Jadi, kawan saya akan membawa saya ke kantin dan saya kena beli nasi daripada dia. Saya takut sebab dia kuat. Jadi dulu tu kadang-kadang kita kena buli lah,” katanya sambil menambah kawannya itu nama Husin, anak jiran.

Dr Mahathir juga memberitahu beliau masih berhubungan dengan dua rakan lamanya yang kini menetap di Kedah jika berkesempatan balik kampung. Bagaimanapun, tidak ramai rakan zaman persekolahannya yang masih hidup.

“Semua kawan-kawan lama saya dah meninggal. Cuma ada dua orang saja, seorang 95 lebih tapi yang seorang lagi kurang sihat dan tidak begitu aktif manakala seorang lagi dia selalu jadi bilal, ” katanya.

Turut dikongsi kepada Geng Pagi Hot FM mengenai lagu kegemarannya dendangan P Ramlee tetapi beliau tidak mengingat tajuk lagu yang dinyanyikan oleh seniman itu.

Berita Harian X