Rabu, 13 November 2019 | 8:37pm

'Durian runtuh' buat kakitangan awam Sarawak

PETRA JAYA: Kakitangan awam Sarawak menerima khabar gembira apabila diberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji pokok atau minimum dua bulan gaji.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg ketika mengumumkan perkara itu berkata, pembayaran akan dibuat sebelum penghujung tahun ini.

“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) prihatin dengan kebajikan pegawai perkhidmatan awam Sarawak khususnya dalam menghadapi bebanan kewangan akibat kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Oleh itu, kerajaan GPS memutuskan untuk memberi bantuan khas kewangan kepada pegawai perkhidmatan awam negeri Sarawak,” katanya.

Beliau mengumumkannya dalam ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, semalam.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg (tiga dari kanan) selepas Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak ke 18 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Petra Jaya Kuching. - NSTP/Mohd Radzi Bujang
Berita Harian X