Khamis, 28 November 2019 | 7:19pm
TIMBALAN Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming. NSTP/Abdullah Yusof
TIMBALAN Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming. NSTP/Abdullah Yusof

Dewan Rakyat sebulat suara luluskan Belanjawan 2020

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 diluluskan Dewan Rakyat hari ini, selepas mendapat sokongan sebulat suara Ahli Parlimen melalui undian suara.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengumumkan keputusan itu kira-kira jam 6.45 petang tadi.

Terdahulu, RUU Perbekalan 2020 dibentangkan untuk bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan disokong Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

RUU Perbekalan 2020 yang dibentangkan Guan Eng pada 11 Oktober lalu, dibahaskan selama 12 hari pada peringkat dasar dan peringkat jawatankuasa sejak 5 November lalu.

Pada pembentangan Belanjawan 2020, kerajaan mengumumkan peruntukan perbelanjaan sebanyak RM297 bilion, peningkatan RM19.5 bilion berbanding RM277.5 bilion bagi 2019.

Sebanyak RM241 bilion untuk perbelanjaan mengurus manakala RM56 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Berita Harian X