Selasa, 3 Disember 2019 | 10:47pm
Ibu kepada Saifuddin, Che Gayah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, petang tadi. - Ihsan pembaca

Ibu Saifuddin meninggal dunia

ALOR SETAR: Ibu kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Che Gayah Hassan, 74, meninggal dunia, di sini, petang tadi.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu, berkata ibunya meninggal dunia kira-kira jam 6.05 petang di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat sakit tua.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Durian, Pokok Sena, pada jam 11 malam ini.

“Mohon mendoakan Almarhum bonda saya agar beroleh rahmat dan keampunan,” katanya dalam kenyataannya.

Difahamkan, Che Gayah dirawat di HSB sejak seminggu lalu, sebelum menghembus nafas terakhirnya disamping keluarga.

Berita Harian X