Selasa, 10 Disember 2019 | 9:28am
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah berada di sisi jenazah Datuk Dr. Wan Ismail Wan Mahmud di kediaman beliau di Ampang. - Foto Saifulizan Tamadi

Nurul Izzah hadir solat jenazah datuknya

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar antara yang tiba di Masjid Al Mustakim, Ampang untuk menunaikan solat jenazah datuknya, Allahyarham Datuk Wan Ismail Wan Mahmood.

Wan Ismail, 93, bapa kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninggal dunia awal pagi tadi di kediamannya di Ampang.

Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dan menyambut kedatangan tetamu yang hadir untuk menziarahi jenazah bapa mentuanya,

Menurut maklumat daripada laman Facebook Dr Wan Azizah, jenazah Wan Ismail akan dibawa ke Masjid al Mustaqim di Taman Nirwana, Ampang pada 9 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana selepas solat Zuhur. - Bernama

Berita Harian X