Jumaat, 13 Disember 2019 | 11:55pm
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tiga dari kanan) bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) ketika melawat Baladna Food Industries (Baladna) di Al Khor.
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tiga dari kanan) bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) ketika melawat Baladna Food Industries (Baladna) di Al Khor.

Malaysia mahu contohi ladang tenusu terbesar Asia Barat - Azmin

KUALA LUMPUR: Model pengeluar produk tenusu terbesar di Asia Barat, Baladna Food Industries (Baladna) di Al Khor, Doha berupaya mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan tenusu dari negara asing.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ia juga selari dengan Dasar Jaminan Makanan Negara yang memastikan Malaysia mencapai bidang keselamatan makanan serta ratusan peluang pekerjaan baharu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) ketika melawat Baladna Food Industries (Baladna) di Al Khor.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) ketika melawat Baladna Food Industries (Baladna) di Al Khor.

Katanya, ladang tenusu yang dirancang FELCRA Berhad (FELCRA) dengan kerjasama Baladna tidak akan dilaksanakan dengan model lama, sebaliknya dilengkapi teknologi seiring Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).

“Pada Oktober lalu, FELCRA mengumumkan hasrat bekerjasama dengan Baladna bagi membuka ladang tenusu terbesar di Malaysia.

“Ladang ini bukan ladang biasa-biasa, tapi dilengkapi teknologi terkini.

“Tujuan kerajaan meletak Malaysia dalam landasan ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan kita pada negara asing untuk bahan tenusu yang kini berada pada paras hampir 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau kini mengikuti rombongan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bersama Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, ke Qatar untuk lawatan rasmi empat hari.

Model pengeluar produk tenusu terbesar di Asia Barat, Baladna Food Industries (Baladna) di Al Khor, Doha.
Model pengeluar produk tenusu terbesar di Asia Barat, Baladna Food Industries (Baladna) di Al Khor, Doha.

Mohamed Azmin berkata, model yang dibangunkan Baladna iaitu dengan sekitar 20,000 lembu serta kuantiti pengeluaran sebanyak 100 juta liter susu setiap tahun membolehkan ia mencapai 95 peratus bahan tenusu bagi seluruh negara Qatar.

“Hasilnya, Qatar mencapai tahap kemapanan sendiri yang mana kebergantungan terhadap negara asing berjaya dikurangkan ke tahap minimum,” katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X