Jumaat, 13 Disember 2019 | 11:59pm
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (tiga dari kiri) melangkah masuk dalam perbarisan berdaulat, yang menandakan berakhirnya latihan ketenteraan di Akademi Sandhurst, hari ini. - Foto Twitter - Tunku Azizah Mahmood Iskandar

Agong hadiri majlis graduasi ketenteraan anakanda

LONDON: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menjejakkan kakinya ke Akademi Tentera Diraja Sandhurst (RMAS) hari ini, mengembalikan kenangan ketika baginda menjalani latihan di akademi lebih 40 tahun lalu.

Al-Sultan Abdullah yang menjalani latihan di akademi itu dari 1978 sehingga 1979, ditauliahkan oleh Ratu Elizabeth II pada 1980.

Lawatan hari ini menjadi lebih manis apabila Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, turut melangkah masuk dalam perbarisan berdaulat, yang menandakan berakhirnya latihan ketenteraan anakanda baginda di akademi yang sama.

 Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua dari kanan) dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima kunjungan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan isteri, hari ini. - Foto BERNAMA

Terdahulu sebaik tiba, Seri Paduka yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, disambut oleh Komandan RMAS, Mejar Jeneral Paul Nanson.

Al-Sultan Abdullah yang memakai pakaian seragam tentera, kemudiannya diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat perbarisan.

Majlis bermula dengan pemeriksaan perbarisan oleh Sophie, Countess of Wessex.

Seorang lagi rakyat Malaysia, Muhamad Muiz Muzammil Mukhtar, adalah antara 242 pegawai kadet yang ditauliahkan di majlis itu.

RMAS adalah satu daripada akademi tentera di United Kingdom dan pusat latihan tentera British.

Turut hadir di majlis itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK), Datuk Mohamad Sadik Kethergany dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kini berada di UK untuk lawatan khas sehingga 16 Disember ini.

Lawatan khas ke UK adalah lawatan keempat oleh Al-Sultan Abdullah selepas lawatan khas Seri Paduka ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Jepun masing-masing pada Jun, Julai dan Oktober lepas sejak mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Januari. – BERNAMA

Berita Harian X