Khamis, 19 Disember 2019 | 9:44pm
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (dua dari kanan) ketika Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019, hari ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (dua dari kanan) ketika Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019, hari ini. - Foto BERNAMA

5 perjanjian dimeterai sempena Sidang Kemuncak KL

KUALA LUMPUR: Lima perjanjian ditandatangani sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 hari ini, membabitkan kerjasama media, pusat kecemerlangan, pertukaran pelajar, keselamatan makanan serta bidang berkaitan keselamatan dan pertahanan.

Untuk keselamatan makanan, perjanjian dimeterai FELCRA Bhd dan syarikat penternakan terkemuka Qatar, Baladna Food Industries, manakala perjanjian pertukaran pelajar membabitkan Turki, Malaysia dan Indonesia.

Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) memeterai perjanjian dengan Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia, International Center for Chemical and Biological Studies dari Pakistan dan The Scientific and Technological Research Council of Turkey bagi aspek kecemerlangan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (dua dari kanan), Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan (dua dari kiri) dan Presiden Iran, Hassan Rouhani (kanan) pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019, hari ini. - Foto BERNAMA

Bagi sektor keselamatan dan pertahanan, perjanjian membabitkan Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) dengan syarikat Turkish Aerospace Industries (TAI), Turki, manakala perjanjian bagi memerangi Islamfobia membabitkan Malaysia dan Turki.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X