Sabtu, 28 Disember 2019 | 2:21pm
JENAZAH Serom Ahmad dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Senggeh, Selandar. - Foto Rasul Azli Samad
JENAZAH Serom Ahmad dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Senggeh, Selandar. - Foto Rasul Azli Samad

Ibu Pengarang Eksekutif Pengeluaran BH selamat dikebumi

JASIN: Jenazah ibu Pengarang Eksekutif Pengeluaran BH, Azhar Abu Samah iaitu Serom Ahmad, 94, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Senggeh, Selandar, di sini, jam 11 pagi tadi.

Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua di sisi keluarga di kediamannya di Kampung Bukit Senggeh, di sini, kira-kira jam 5 petang, semalam.

Anak bongsu arwah, Manisah, 53, berkata kesihatan ibunya merosot sejak bulan lalu selepas mengalami demam dan pitam, sebelum terlantar di hospital.

JENAZAH Serom Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Senggeh, Selandar. - Foto Rasul Azli Samad
JENAZAH Serom Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Senggeh, Selandar. - Foto Rasul Azli Samad

“Arwah baru saja dibawa pulang dari hospital seminggu lalu dan keadaan penglihatan dan pendengarannya masih baik ketika itu malah masih mengenali anak dan cucu.

“Kami adik-beradik seramai 11 orang sentiasa bergilir-gilir menjaga arwah setiap hujung minggu sehingga saat akhir hayatnya,” katanya ketika ditemui di kediaman arwah ibunya, di sini.

Allahyarham yang kematian suami 18 tahun lalu meninggalkan lapan anak lelaki dan tiga perempuan serta lebih 50 cucu dan cicit.

PENGARANG Eksekutif Pengeluaran BH, Azhar Abu Samahmenyiram air di pusara ibunya, Serom Ahmad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Senggeh, Selandar. - Foto Rasul Azli Samad
PENGARANG Eksekutif Pengeluaran BH, Azhar Abu Samahmenyiram air di pusara ibunya, Serom Ahmad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Senggeh, Selandar. - Foto Rasul Azli Samad

Berita Harian X