Rabu, 22 Januari 2020 | 12:49pm

Pimpinan, pegawai kanan kerajaan Kelantan dapat pemberian khas RM50,000

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, mengesahkan pegawai kanan dan pimpinan kerajaan negeri itu menerima pemberian khas RM50,000 seorang.

Bagaimanapun, beliau menafikan ia adalah bayaran bonus kerana penerima berkenaan tidak layak untuk menerimanya, sebaliknya ia adalah pemberian khas berikutan pencapaian pendapatan kerajaan negeri.

“Malah, duit pemberian khas ini juga tiada kaitan dengan peruntukan khas oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM400 juta.

“Sebanyak 14 termasuk EXCO dan menteri besar yang menerima pemberian khas ini. Bukannya selalu, tahun ini saja paling banyak dan tahun depan mungkin tiada,” katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau diminta mengulas pemberian khas sehingga RM50,000 seorang kepada pimpinan dan pegawai kanan negeri ini yang turut menjadi rungutan kalangan kakitangan kerajaan negeri.

Pemberian khas itu dipersoalkan kerana jauh beza dengan yang diperoleh pegawai dan kakitangan negeri itu yang menerima bayaran tambahan RM500, menjadikan keseluruhan RM1,000 seorang.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X