Khamis, 23 Januari 2020 | 1:54pm
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Diskaun tol sempena Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR: Pengguna akan menikmati diskaun tol berkadar antara 10 peratus hingga 33 peratus di enam belas (16) lebuh raya, dan 10 peratus hingga 30 peratus di tiga (3) lebuh raya dengan plaza tol tertentu sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2020.

Bagaimanapun, diskaun yang diperuntukkan syarikat konsesi lebuh raya menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu hanya tertakluk kepada kenderaan kelas satu.

Sehubungan itu, Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyatan media, merakamkan ucapan terima kasih kepada syarikat konsesi lebuh raya di atas perlaksanaan berkenaan dengan pemberian diskaun tol itu.

Katanya, tawaran diskaun yang akan dilaksanakan selama dua hari iaitu pada sabtu dan ahad ini adalah tanda penghargaan syarikat terrbabit kepada pengguna lebuh raya.

“Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui ke semua plaza tol bagi memastikan perjalanan yang lancar ke destinasi yang dituju,”

“Rancang perjalanan lebih awal dengan mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan yang disediakan oleh syarikat konsesi. Malah pengguna boleh mendapatkan maklumat trafik terkini daripada pusat pengurusan trafik LLM yang beroperasi 24 jam sehari.

“Pengguna boleh berbuat demikian menerusi talian 1800-88-7752 atau akaun Twitter @LLMinfotrafik, selain berkunjung ke mana-mana pusat khidmat pelanggan lebuh raya yang berkenaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

INFO:

16 Lebuhraya yang menawarkan diskaun tol

1. Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP) - diskaun 33 peratus

2. Lebuhraya Cheras - Kajang (GSSB) - diskaun 30 peratus

3. Lebuhraya Utara -Selatan (PLUS) - diskaun 20 peratus

4. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2(LPT 2 )- diskaun 20 peratus

5. Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya (MEX) - diskaun 15 peratus

6. Lebuhraya Pintas Selat KlangUtara Baru (GSNK ) - diskaun 15 peratus

7. Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (DUKE) - diskaun 10 peratus

8. Lebuhraya Shah Alam (KESAS) - diskaun 10 peratus

9. Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) - diskaun 10 peratus

10. Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) - diskaun 10 peratus

11. Lebuhraya Sungai besi (BESRAYA) - diskaun 10 peratus

12. Lebuhraya Senai - Desaru (SDE) - diskaun 10 peratus

13. Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) - diskaun 10 peratus

14. Lebuhraya Panati Timur Fasa 1 (LPT1) - diskaun 10 peratus

15. Lebuhraya Lingkaran Butterworth (BORR) - diskaun 10 peratus

16. Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR) - diskaun 10 peratus

3 Lebuhraya yang menawarkan diskaun tol di Plaza Tol tertentu

1. Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE) - diskaun 30 peratus

2. Lebuhraya Baru Pantai (NPE) - diskaun 10 peratus

3. Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS) - diskaun 10 peratus

Berita Harian X