Jumaat, 21 Februari 2020 | 11:18pm
Sebahagian wartawan sedang menunggu sidang media mesyuarat Majlis Presiden PH yang sedang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), Putrajaya. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Sebahagian wartawan sedang menunggu sidang media mesyuarat Majlis Presiden PH yang sedang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), Putrajaya. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Mesyuarat Majlis Presiden PH masih berlangsung

PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) masih berlangsung setakat jam 11 malam ini.

Wakil media mewakili pelbagai agensi ditempatkan dalam auditorium, yang terletak kira-kira 60 meter dari lokasi mesyuarat berkenaan berlangsung.

Dipisahkan deretan tangga di tengah ruang utama Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), media tidak mempunyai pilihan, selain sabar menunggu sidang media yang dijangka diadakan pada jam 11.30 malam nanti.

Segelintir pemberita dilihat mencuba nasib dengan berulang kali cuba menggunakan helah untuk ke tandas, semata-mata ingin meninjau kelibat pemimpin mana yang berkemungkinan meluru keluar dari bilik mesyuarat.

Teka-teki kekal menyelubungi segenap ruang auditorium apabila perbualan dalam kalangan pemberita rancak mengetengahkan jangkaan dan analisis masing-masing.

Apa pun keputusan mesyuarat yang sedang berlangsung hanya akan diketahui sebaik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi ‘lampu hijau’ untuk berdepan soalan bertali arus yang semakin menebal dalam kalangan media.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X