Selasa, 25 Februari 2020 | 4:39pm

Dua cedera struktur bangunan runtuh

KUALA LUMPUR: Dua pekerja pembinaan cedera selepas beberapa bahagian struktur bangunan di tingkat lapan sebuah kondominium di Mont Kiara, di sini, runtuh hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 1.30 tengah hari, dua lelaki itu cedera ringan di bahagian tangan dan sudah dihantar ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd [email protected], berkata pihaknya masih giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.

“Kita menerima laporan berlakunya runtuhan kecil di tingkat lapan kondominium terbabit.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, hanya dua lelaki cedera.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh hubungi talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menerusi, +60 3 2297 9222,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berita Harian X