Jumaat, 20 March 2020 | 1:10pm
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi (kiri) dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ketika sidang media selepas mesyuarat bersama wakil sektor peruncitan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya. Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

COVID-19: Import topeng muka dibenarkan

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membenarkan import topeng muka bagi memastikan bekalan di negara ini mencukupi berkuat kuasa semalam.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, pada masa sama aktiviti mengeksport topeng muka juga dihentikan bagi mengelak bahan mentah berkurangan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan menetapkan harga siling bagi topeng muka dinaikkan kepada RM2 berbanding 80 sen sebelum ini kerana kekurangan bahan memproses serta berlaku kenaikan harga pada bahan asas.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perbincangan Bersama Sektor Peruncitan Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Zainal Azman Abu Seman dan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X