Isnin, 23 March 2020 | 9:03pm
Pekerja Farmasi Health Lane menampal notis untuk memaklumkan kehabisan stok topeng penutup hidung dan mulut susulan penularan wabak COVID-19 ketika tinjauan di farmasi itu di Taman Seri Rampai, semalam. - Foto NSTP/Mustaffa Kamal

COVID-19: Harga penutup mulut dan hidung bawah RM2

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menurunkan harga siling penutup mulut dan hidung di bawah RM2, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan banyak rungutan mengenai harga penutup mulut dan hidung yang dikatakan tinggi.

Sehubungan itu, beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan segera berbincang dengan pihak industri bagi tujuan itu.

“Harga topeng RM2 (sekeping) adalah terlalu mahal maka Mesyuarat Khas Menteri-Menteri berhubung Perintah Kawalan Pergerakan hari ini bersetuju harga perlu diturunkan.

“Jadi saya jangka dalam waktu terdekat ...KPDNHEP perlu segerakan agar kita boleh buat pengumuman dan yang penting mesti di bawah RM2,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X