Rabu, 25 March 2020 | 6:18pm
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. Turut kelihatan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon (kiri). - Foto Mohd Fadli Hamzah
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. Turut kelihatan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon (kiri). - Foto Mohd Fadli Hamzah

COVID-19: Seramai 73 kakitangan KKM positif jangkitan

PUTRAJAYA: Seramai 73 kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dikesan positif COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata berdasarkan siasatan, punca jangkitan semua kakitangan terbabit bukan disebabkan pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti kesihatan KKM.

Beliau berkata, daripada jumlah itu didapati, punca jangkitan bagi 47 kes (64.4 peratus) adalah berkaitan majlis perkahwinan yang dihadiri mereka, yang menghadiri perhimpunan tabligh.

Katanya, lain-lain punca adalah seperti sejarah melawat ke luar negara dan kontak keluarga yang positif COVID-19.

“Setakat ini, seramai 1,895 anggota yang menguruskan pesakit COVID-19 di fasiliti KKM, menjalani ujian pengesahan dengan 1,187 daripada adalah negatif

"Seramai 708 orang lagi masih menunggu keputusan dan tiada yang dikesan positif COVID-19," katanya pada sidang media Situasi Semasa Jangkitan COVID-19 di Malaysia di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners)

dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang telah disarankan terutamanya dalam memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarak sosial dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan.

Beliau menggesa semua anggota kesihatan dan petugas barisan hadapan untuk memaklumkan kepada ketua jabatan masing-masing, sekiranya terbabit secara langsung atau mempunyai hubungan dengan kontak.

Jelas beliau, antara program itu adalah ijtimak di Seri Petaling dari 27 Februari 2020 sehingga 3 Mac 2020, majlis perkahwinan di Bangi pada 6 Mac dan di Putrajaya pada 7 Mac yang dihadiri anggota kesihatan.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X