Khamis, 26 March 2020 | 12:54pm
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengadakan mesyuarat khas penyelarasan Musaadah COVID-19 bersama wakil agensi agama di Putrajaya. Turut kelihatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary (kanan). - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Belum ada keputusan jemaah tarawih

PUTRAJAYA: Setakat ini belum ada ketetapan dibuat mengenai jemaah solat tarawih di masjid dan surau pada Ramadan ini berikutan penularan wabak COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata perkara itu sedang dibincangkan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Zulkifli berkata, jika wabak itu dapat dibendung dan diatasi dalam tempoh lebih awal sebelum Ramadan, satu arahan baharu akan dikeluarkan.

“Kita memohon perlindungan daripada Allah SWT dan dengan kerjasama rakyat yang berdedikasi serta mematuhi PKP agar penularan wabak COVID-19 segera berakhir," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Mesyuarat Khas Penyelarasan MUSAADAH COVID-19 di sini, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X