Khamis, 26 March 2020 | 8:00pm
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto BERNAMA
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto BERNAMA

COVID-19: WHO puas hati kesiapsiagaan KKM

PUTRAJAYA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpuas hati dengan kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihak WHO sudah mengadakan lawatan bagi melihat apa yang dilakukan kementerian bagi menangani wabak berkenaan.

Beliau berkata, beberapa kaedah digerakkan antaranya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mencari pesakit yang positif untuk diuji serta membuat pengasingan untuk dirawat.

“Kita juga mempunyai kumpulan sasaran seperti tabligh, pekerja asing tanpa izin (PATI) dan juga masyarakat Rohingya.

“Kluster tabligh itu adalah keutamaan pihak kementerian buat masa ini kerana lebih 60 peratus kes yang positif adalah dari kalangan mereka yang menghadiri perhimpunan di Sri Petaling.

“Terakhir kita mengadakan pembersihan kawasan. Kita ada mesyuarat dengan pihak berkuasa tempatan serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi melaksanakan kerja pembersihan kawasan awam yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X