Isnin, 30 March 2020 | 3:05pm
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - foto BERNAMA
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - foto BERNAMA

COVID-19: 13 ketetapan PKP Fasa Kedua bermula Rabu ini

Berikut adalah ketetapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua berkuat kuasa Rabu ini, seperti diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

•PKP Tahap 2 ini berbeza daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Simpang Renggam dan Hulu Langat.

•Semua premis perniagaan yang menjual keperluan harian termasuk Pasar Raya dan Pasar dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.

•Restoran dan Kedai Makan boleh beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam

•Operasi Stesen Minyak diterhadkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam

•Perkhidmatan Penghantaran Makanan (Delivery) juga dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

•Kerajaan menggalakkan orang ramai supaya membuat pembelian secara dalam talian (online).

•Waktu operasi pengangkutan awam dari 6 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 10 malam sahaja.

•Kenderaan persendirian hanya dibenarkan di antara jam 6 pagi sehingga 10 malam, termasuk perkhidmatan E-Hailing dan teksi.

•Semua kenderaan persendirian hanya dibenarkan seorang sahaja iaitu pemandu kecuali waktu kecemasan.

•Pengangkutan komersial membabitkan barangan keperluan seperti makanan dan perubatan digalakkan beroperasi dari 7 malam sehingga 7 pagi.

•Aktiviti riadah dan sosial tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian.

•Kelonggaran diberi kepada golongan Autism dan Kurang Upaya (OKU) untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar dan ini tidak dibenarkan secara berkumpulan.

•Kerajaan memutuskan harga siling topeng muka iaitu RM1.50. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau pematuhan harga siling baharu ini.

Berita Harian X