Selasa, 31 March 2020 | 12:35am

COVID-19: Peraturan sudah diwartakan 27 Mac

KUALA LUMPUR: Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengkompaunan Kesalahan-Kesalahan) (Pindaan) 2020 diwartakan pada 27 Mac lalu.

Perkembangan baharu itu disahkan menerusi Warta Kerajaan Seri Paduka Baginda yang diterbitkan pada Jumaat lalu.

Susulan itu, individu yang ditahan mengikut peraturan baharu berkenaan boleh dikompaun.

Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pegawai polis berpangkat Inspektor ke atas dan pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) diberi kuasa mengenakan kompaun terhadap mereka yang ingkar arahan kerajaan susulan penularan wabak COVID-19.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X