Ahad, 5 April 2020 | 6:54am
Kathmandu, Nepal. - FOTO AFP
Kathmandu, Nepal. - FOTO AFP

COVID-19: Terima kasih Malaysia - Singapura

SINGAPURA: Kerajaan Singapura semalam menzahirkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, kerana bersetuju memenuhi permintaan untuk menempatkan warga republik ini dalam penerbangan balik dari Nepal.

“Seramai 22 warga Singapura terbabit tiba dengan selamat di Singapura, malam ini (tadi), dari Kathmandu, Nepal,” kata Kementerian Luar republik ini dalam satu kenyataan, di sini.

Kementerian itu berkata, warga Singapura berkenaan menaiki pesawat disediakan Kerajaan Malaysia untuk membawa pulang rakyatnya dari Kathmandu ke Kuala Lumpur.

Katanya, mereka kemudian pulang ke Singapura dari Kuala Lumpur. – BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X