Khamis, 9 April 2020 | 9:11am
Gelandangan yang masih bergelimpangan di sekitar Kuala Lumpur walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 telah dikuatkuasakan. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Masih ramai gelandangan berkeliaran

KUALA LUMPUR: Masih ramai gelandangan berkeliaran di kawasan ibu negara sekali gus meningkatkan risiko jangkitan COVID-19 antara mereka.

Golongan itu turut menjadi sasaran mudah kepada penularan wabak berkenaan kerana terpaksa hidup berhimpit di jalanan dan lorong sempit yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan asas seperti tandas.

Tinjauan gelandangan yang masih bergelimpangan di sekitar Kuala Lumpur walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 telah dikuatkuasakan. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Tinjauan BH di sekitar kawasan Lebuh Pudu, Masjid Negara dan Masjid Jamek termasuk lingkaran pembangunan River Of Life malam tadi mendapati, rata-rata gelandangan berusia lebih 40 tahun dan mempunyai masalah kesihatan.

Seorang gelandangan yang ditemui, Shamsudin Abdul Hamid, 67, berkata dia sedia maklum mengenai bantuan kerajaan berhubung penempatan gelandangan di beberapa lokasi namun tidak berupaya untuk ‘berhijrah’ kerana penyakit gout.

Gelandangan yang masih bergelimpangan di sekitar Kuala Lumpur walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 telah dikuatkuasakan. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Gelandangan yang masih bergelimpangan di sekitar Kuala Lumpur walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 telah dikuatkuasakan. - NSTP/Eizairi Shamsudin

“Beberapa hari lalu, ada pegawai polis dan Imigresen ‘angkut’ (tahan) warga asing yang tiada pasport dan terbabit kes dadah di kawasan Masjid Jamek dan Jalan Raja Laut.

“Mereka tidak kacau kami (gelandangan), anggota DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) tidak nampak pula nak terangkan mengenai bantuan oleh kerajaan.

Gelandangan yang masih bergelimpangan di sekitar Kuala Lumpur walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 telah dikuatkuasakan. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Gelandangan yang masih bergelimpangan di sekitar Kuala Lumpur walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 telah dikuatkuasakan. - NSTP/Eizairi Shamsudin

“Saya hanya dengar mengenai bantuan itu daripada rakan gelandangan lain, katanya ada dewan kosong di Sentul, Ampang tapi apakan daya keadaan kesihatan dengan sakit gout tidak mengizinkan untuk saya pergi ke sana,” katanya.

Terdahulu, seramai 549 lagi gelandangan dilaporkan diselamatkan dan ditempatkan di empat dewan komuniti dan serba guna sekitar ibu negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak COVID-19.

Gelandangan yang masih bergelimpangan di sekitar Kuala Lumpur walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 telah dikuatkuasakan. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Gelandangan yang masih bergelimpangan di sekitar Kuala Lumpur walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 telah dikuatkuasakan. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dipetik memaklumkan, jumlah itu adalah tambahan kepada kira-kira 200 gelandangan yang turut diselamatkan dan ditempatkan buat sementara waktu di beberapa lokasi sebelum ini.

Annuar dilaporkan berkata daripada jumlah itu, seramai 207 orang ditempatkan di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Dewan Serbaguna Ampang Hilir (122), Pusat Komuniti Setiawangsa (149), serta 71 warga asing di Dewan Serbaguna Alam Damai.

Seorang lagi gelandangan, Urianti Apendi, 59, berkata penularan COVID-19 mengakibatkan bantuan makanan daripada badan bukan kerajaan (NGO) berkurangan dari sehari ke sehari.

“Tidak banyak NGO ‘turun’ jenguk kami kerana wabak itu, bermakna makin kurang sumbangan makanan.

“Namun, ada hari ‘rider’ penghantar makanan daripada Foodpanda dan GrabFood berkongsi rezeki mereka, kami berjimat dengan makanan diberikan untuk memastikan kelangsungan hidup,” katanya.

Seorang gelandangan, Muhamad Hafiz Yusof, 40, berkata dia datang ke Kuala Lumpur dari Melaka sebelum PKP berkuat kuasa bermula 18 Mac lalu, untuk mencari pekerjaan namun sebaliknya berlaku.

Gelandangan yang masih bergelimpangan di sekitar Kuala Lumpur walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 telah dikuatkuasakan. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Gelandangan yang masih bergelimpangan di sekitar Kuala Lumpur walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 telah dikuatkuasakan. - NSTP/Eizairi Shamsudin

“Bukan sahaja tiada kerja, malah sekarang kena mengemis untuk wang dan makanan.

“Keadaan sepi di ibu negara kerana penyebaran COVID-19, sekarang ini nak dapat nasi bungkus (sumbangan orang awam) pun susah,” katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X