Khamis, 9 April 2020 | 9:55am
Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said, Naib Canselor Asia e University.
Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said, Naib Canselor Asia e University.

Pakej AeU Prihatin: Diskaun hingga 50 peratus

SUBANG JAYA: Asia e University (AeU) adalah institusi pendidikan tinggi bertaraf antarabangsa yang diwujudkan pada tahun 2007.

AeU bekerjasama dengan 35 negara di bawah Asia Cooperation Dialogue (ACD) dan menawarkan tiga mod pengajian iaitu sepenuh masa, separuh masa dan juga gabungan kedua-duanya.

Universiti ini telah dilengkapi dengan kemudahan dan infrastruktur bagi menampung pembelajaran dan pengajaran dalam talian (ODL) kepada semua pelajar.

Walaupun wabak COVID-19 telah memberi kesan yang menyedihkan kepada masyarakat dunia, AeU amat bertuah kerana menjalankan pembelajaran dan pengajarannya menggunakan kaedah dalam talian (ODL) sepenuhnya.

Wabak ini dapat diatasi oleh AeU dan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan seperti biasa.

Bertepatan dengan matlamat penubuhan AeU yang mahu menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti, pada harga yang berpatutan dan bermanfaat kepada masyarakat global, AeU kini tampil dengan Pakej AeU Prihatin.

Pakej AeU Prihatin yang mula diperkenalkan hari ini, bertujuan untuk meringankan bebanan kewangan yang ditanggung oleh masyarakat akibat penularan wabak COVID-19 ketika ini.

Naib Canselor AeU, Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said, berkata atas rasa prihatin, AeU telah menjalankan kajian terperinci bagi menyediakan pakej yang bersesuaian dengan situasi ekonomi masa kini.

“Tujuan kita memperkenalkan Pakej AeU Prihatin adalah untuk menunjukkan bahawa dalam saat genting seperti sekarang, AeU ingin terus menyumbang kepada masyarakat.

"Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, ini adalah inisiatif terbaik daripada pihak universiti bagi membantu masyarakat khususnya golongan pelajar dan bakal pelajar.”

“Kita faham ramai kelompok masyarakat yang berdepan dengan masalah kewangan kesan daripada penularan pandemik COVID-19 ketika ini.

"Masalah ini mungkin menyebabkan ramai dari mereka yang sebelum ini merancang untuk menyambung pengajian, telah berhasrat untuk menangguhkan sementara hasrat mereka.

"Namun, AeU percaya proses pembelajaran dan pengajaran tidak seharusnya terhenti begitu sahaja. Atas kesedaran itu, Pakej AeU Prihatin diperkenalkan bagi membolehkan mereka terus merintis jalan ilmu tanpa memberikan kesan beban kewangan yang ketara," katanya.

Pakej AeU Prihatin direka khas bagi meringankan bebanan kewangan yang ditanggung oleh bakal pelajar yang ingin melanjutkan pengajian, khususnya bagi pengambilan Sesi Mei dan September 2020 dan untuk pelajar sedia ada yang sedang mengikuti pengajian di AeU.

Melalui pakej yang diperkenalkan ini, bakal pelajar baharu yang mendaftar bagi ambilan Mei dan September tahun ini, akan dapat menikmati potongan diskaun sebanyak 30 peratus hingga 50 peratus daripada jumlah yuran bagi semester Mei dan September 2020, mengikut program yang dipilih.

Bagi pelajar sedia ada pula, mereka turut menikmati potongan diskaun yuran pengajian, pengecualian daripada bayaran yuran pentadbiran semester dan yuran peperiksaan.

Jumlah keseluruhan diskaun yang akan dinikmati oleh pelajar sedia ada adalah 30 peratus hingga 45 peratus bagi semester Mei dan September 2020.

AeU menawarkan sebanyak 27 program yang meliputi bidang sains sosial dan kemanusiaan, pendidikan, pengurusan dan ICT.

Program yang ditawarkan adalah meliputi peringkat asasi, diploma, sarjana muda dan juga pasca siswazah.

Berita Harian X