Jumaat, 10 April 2020 | 2:00pm

Timbang syor tangguh bayaran balik pinjaman LPPSA

KUALA LUMPUR: Cadangan penangguhan pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) wajar dipertimbangkan demi meringankan beban penjawat awam.

EXCO Pemuda UMNO, Fairuz Jamaludin, berkata perkara itu perlu kerana ia sejajar dengan moratorium dilaksanakan kerajaan yang mampu membantu semua pihak mengharungi kegawatan ekonomi.

“Tidak dinafikan penjawat awam turut mendapat manfaat daripada Bantuan Prihatin Negara tetapi pada masa sama masyarakat turut mendapat manfaat moratorium bank komersial.

“Apa salahnya penjawat awam yang terdiri dari M40 dan B40 turut memperoleh penangguhan bayaran balik pinjaman LPPSA kerana sebahagian besar penjawat awam adalah frontliner yang sepatutnya dihargai.

“Penangguhan bayaran balik pinjaman LPPSA ini adalah satu ucapan terima kasih kepada mereka dan penangguhan tidak bermakna tidak perlu bayar tetapi bertujuan mengharung situasi yang mencabar ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X