X
Rabu, 15 April 2020 | 2:47pm
- Foto hiasan
- Foto hiasan

Semua 43 rakyat Malaysia kandas di Nepal kembali ke tanah air

KUALA LUMPUR: Semua 43 rakyat Malaysia yang dikenal pasti terkandas di Nepal disebabkan sekatan perjalanan akibat COVID-19, selamat dihantar balik ke tanah air pada 4 April, kata Kedutaan Malaysia di Nepal.

Ketua Canseri dan Setiausaha III kedutaan, Albony Basir, berkata kesemua mereka dibawa pulang melalui penerbangan sewa khas Malindo Air.

“Sehingga kini, sejumlah kecil rakyat Malaysia masih berada di Nepal atas kehendak sendiri,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Menurut laporan media antarabangsa, kerajaan Nepal memutuskan untuk melanjutkan ‘lockdown’ di seluruh negara hingga 27 April, di tengah-tengah peningkatan kes COVID-19.

Nepal setakat ini mencatatkan 16 kes jangkitan. Ini adalah perintah lanjutan yang ketiga sejak ‘lockdown’ dikuat kuasa pada 24 Mac.

Semua penerbangan komersial juga ditangguhkan sehingga 30 April. – BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X