Jumaat, 15 Mei 2020 | 7:49pm
Gambar fail - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Gambar fail - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Harga RON95 dan RON97 naik 6 sen, diesel naik 5 sen

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 serta RON97 masing-masing naik enam sen daripada RM1.25 kepada RM1.31 seliter dan RM1.55 kepada RM1.61 seliter, bagi tempoh 16 hingga 22 Mei ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan harga runcit diesel juga naik lima sen daripada RM1.40 kepada RM1.45 seliter.

Harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Berita Harian X