X
Sabtu, 23 Mei 2020 | 7:06pm

PM bertakbir bersama pemimpin, pegawai kanan kerajaan

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan RTM menerbitkan rakaman takbir Aidilfitri pemimpin kerajaan dan pegawai kanan yang diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rakaman takbir berdurasi 4 minit 50 saat itu menyaksikan Perdana Menteri bersama-sama anggota jemaah menteri duduk dalam keadaan berjarak bagi mematuhi peraturan penjarakan sosial.

Selain anggota Kabinet, takbir raya itu turut disertai ketua dan wakil agensi barisan hadapan.

Antara yang kelihatan termasuk Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador; Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto BERNAMA
Berita Harian X