Selasa, 30 Jun 2020 | 5:32pm
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto BERNAMA
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto BERNAMA

COVID-19: Hanya 2 kes baharu hari ini

PUTRAJAYA: Malaysia sekali lagi melaporkan hanya dua kes baharu COVID-19, hari ini, selepas pernah mencatatkan angka harian sama pada 10 Jun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan dua jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah 8,639, dengan jumlah kes aktif dan kebolehjangkitan 164 kes.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, beliau berkata, 20 kes pulih dilaporkan, sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya 8,354 kes atau 96.7 peratus.

"Kini, ada empat individu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan seorang memerlukan bantuan pernafasan.

"Hari ini, tiada pertambahan kematian akibat COVID-19 dan jumlahnya kekal 121 kes atau 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya melalui kenyataan dalam Facebook.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X