Sabtu, 11 Julai 2020 | 12:00am
Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob. - Foto BERNAMA
Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob. - Foto BERNAMA

Datuk Zainuddin Yaacob dilantik Pengarah JSJK Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman yang baharu, berkuat kuasa 10 Ogos depan.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad, dalam satu kenyataan mengenai arahan pertukaran pegawai kanan PDRM, hari ini, berkata Zainuddin menggantikan Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad yang bersara wajib pada 28 Jun lalu.

Jawatan Pengarah JSJK Bukit Aman kini dipangku Timbalan JSJK Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin.

Turut terbabit dalam arahan pertukaran terbaru itu ialah Pegawai Turus Perundangan/Naziran, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, Deputi Superintendan Tium Ming Kung yang dilantik sebagai Ketua JSJN Terengganu dengan memangku pangkat Superintendan.

Pegawai Turus Pengangkutan, Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi Johor, Deputi Superintendan Lye Boon Choy, pula akan dilantik sebagai Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Johor dengan memangku pangkat Superintendan. – BERNAMA

Berita Harian X