Sabtu, 1 Ogos 2020 | 6:17pm
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal, memberi teguran dan pemantauan supaya orang ramai mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka di sekitar Pasar Besar Othman Petaling Jaya. - Foto NSTP/Fathil Asri

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal, memberi teguran dan pemantauan supaya orang ramai mematuhi SOP pemakaian pelitup muka di sekitar Pasar Besar Othman Petaling Jaya. - Foto NSTP/Fathil Asri

Ketua Polis Balai Brickfield, Inspektor Mohd Fazrul Mohd Fauzi, memberi teguran dan melakukan pemantauan orang ramai yang tidak memakai pelitup muka di Mid Valley. - Foto NSTP/Fathil Asri
Ketua Polis Balai Brickfield, Inspektor Mohd Fazrul Mohd Fauzi, memberi teguran dan melakukan pemantauan orang ramai yang tidak memakai pelitup muka di Mid Valley. - Foto NSTP/Fathil Asri
Ketua Polis Balai Brickfield, Inspektor Mohd Fazrul Mohd Fauzi, memberi teguran dan melakukan pemantauan terhadap orang ramai yang tidak memakai pelitup muka di Mid Valley. - Foto NSTP/Fathil Asri
Ketua Polis Balai Brickfield, Inspektor Mohd Fazrul Mohd Fauzi, memberi teguran dan melakukan pemantauan terhadap orang ramai yang tidak memakai pelitup muka di Mid Valley. - Foto NSTP/Fathil Asri

Pemantauan, penguatkuasaan polis sudah bermula

KUALA LUMPUR: Operasi pemantauan dan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka di kawasan sesak, lokasi tumpuan umum dan dalam pengangkutan awam bagi mengekang penularan COVID-19 secara rasmi bermula hari ini, 1 Ogos.

Pelbagai langkah diambil oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan pemakaian pelitup muka selaras dengan pengumuman kerajaan pada 23 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata selepas pengumuman berkenaan serta pelbagai peringatan, polis di seluruh negara melakukan pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengesan mereka yang masih berdegil.

"Namun ada juga pendekatan lain yang diambil polis dari daerah tertentu iaitu menasihat dan memberi teguran kepada orang ramai yang tidak memakai pelitup muka," katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Beliau berkata kerajaan sudah memberikan tempoh masa mencukupi kepada orang ramai untuk mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuk pemakaian pelitup muka.

"Secara rasmi bermula hari ini pihak polis akan mengambil tindakan mengenakan kompaun RM1,000 kepada mereka yang tidak memakai pelitup muka di kawasan sesak, lokasi tumpuan umum dan dalam pengangkutan awam.

"Justeru pihak polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa bekerjasama dengan pasukan penguatkuasaan untuk memakai pelitup muka ketika berada di tempat tumpuan umum bagi menghalang penyebaran COVID-19 selaras dengan saranan kerajaan, 'kita jaga kita'," katanya.

Berdasarkan tinjauan bersama Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal di sekitar Jalan Othman, Petaling Jaya pagi tadi, polis mengambil pendekatan menasihatkan dan menegur orang ramai yang tidak memakai pelitup muka.

Sepanjang pemantauan bermula jam 9 pagi, mendapati hampir 99 peratus orang ramai termasuk para peniaga di sekitar Jalan Othman terutama di kawasan pasar dan pusat perniagaan memakai pelitup muka.

Malah mereka turut menjalani pemeriksaan suhu badan serta menulis butiran diri ketika hendak memasuki sesebuah premis.

Nik Ezanee berkata, pihaknya tidak bercadang untuk mengeluarkan kompaun kepada orang ramai pada hari pertama pelaksanaan pemakaian pelitup muka hari ini dan lebih menekankan menasihat dan memberi teguran kepada orang ramai.

"Hari ini adalah hari pertama dan kami mengambil pendekatan menasihatkan mereka namun tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun sekiranya mereka masih berdegil.

"Apapun di Petaling Jaya setakat ini semua pihak mengikut saranan kerajaan dalam bersama-sama mengekang dan menyekat penyebaran pandemik COVID-19," katanya.

Beliau turut meminta supaya orang ramai tidak mengambil kesempatan atas tindakan Polis Petaling Jaya, namun pelaksanaan untuk memberikan kompaun akan tetap dilaksanakan dalam masa terdekat.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • #taskid sendstory

    Berita Harian X