Sabtu, 1 Ogos 2020 | 9:56pm
Polis mengeluarkan 26 kompaun terhadap orang ramai yang gagal mematuhi SOP memakai pelitup muka di pantai awam Batu Layar, hari ini. - NSTP/FOTO IHSAN POLIS
Polis mengeluarkan 26 kompaun terhadap orang ramai yang gagal mematuhi SOP memakai pelitup muka di pantai awam Batu Layar, hari ini. - NSTP/FOTO IHSAN POLIS

PELITUP MUKA: 26 kompaun dikeluarkan di pantai awam Batu Layar

KOTA TINGGI: Polis mengeluarkan 26 kompaun terhadap orang ramai yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memakai pelitup muka di pantai awam Batu Layar, Bayu Damai, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata ia hasil operasi pemantauan dijalankan sepasukan polis daripada Task Force COVID-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, dari jam 3 hingga 5 petang tadi.

"Ketika operasi dijalankan, mereka didapati gagal mematuhi SOP dan protokol Kementerian Kesihatan untuk mencegah penularan wabak COVID-19 berhubung penggunaan pelitup muka.

"Kesemua mereka dimaklumkan kesalahan itu sebelum kompaun RM1,000 dikeluarkan mengikut Perkara 10 Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (No 7) 2020," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya memberi amaran keras, sekali gus tidak akan berkompromi dengan individu melanggar SOP ditetapkan, terutama dari segi penggunaan pelitup muka di tempat awam.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X