Rabu, 11 Julai 2018 | 10:15am

Samsung, Mazlan bekerjasama sedia pendidikan berkualiti

"Saya mungkin pakar astrofizik pertama di Malaysia, tetapi saya percaya di sekolah hari ini akan ada seorang murid bagi setiap kelas bakal menjadi profesional dalam bidang ini," kata Ahli Astrofizik, Datuk Dr Mazlan Othman.

Keyakinan itu lahir hasil sumbangan pelbagai pihak dalam mengambil inisiatif menerokai kemampuan yang ada dalam diri pelajar termasuk Samsung yang menyediakan Sekolah Pintar dalam melahirkan bakat menerusi pendidikan digital.

Samsung mengambil inisiatif membantu lebih 3,000 sekolah di seluruh dunia dengan menyediakan suasana pembelajaran interaktif dan menyeronokkan kepada lebih 1.4 juta kanak-kanak.

Dengan memberi tumpuan kepada masyarakat berpendapatan rendah, Samsung komited meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan sekali gus menyediakan laluan kepada suasana pembelajaran pintar.

Dalam menyediakan Sekolah Pintar di Malaysia, Samsung bekerjasama dengan Mazlan. Menerusi rakaman video pendek, Mazlan, 66, berkongsi pengalamannya sebagai pelajar dan berjaya menjadi wanita pertama Malaysia memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang fizik dari Universiti Otago, New Zealand.


MAZLAN ketika menerangkan kepentingan Sekolah Pintar Samsung yang membantu meningkatkan pengalaman pendidikan setiap kanak-kanak dan memberi inspirasi kepada mereka.

Peluang lebih besar

Beliau seterusnya berkhidmat di Malaysia sebagai pakar astrofizik pertama negara dan kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Angkasa Lepas (OOSA) di Vienna, Austria pada 1999.

Pada 2002, beliau pulang ke Malaysia untuk berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Pengasas Negara Agensi Angkasa (ANGKASA), bagi program Angkasawan Negara.

Program berkenaan menyaksikan pada 2007, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa sebagai angkasawan pertama negara.

"Saya suka bertanya soalan dan melakukan pelbagai kajian. Saya percaya kanak-kanak pada hari ini mempunyai peluang lebih besar untuk melakukan penerokaan dan boleh lakukan lebih baik berbanding apa yang saya laksanakan," katanya.

Selain pengkisahan kejayaan Mazlan, Samsung turut menunjukkan komitmennya dengan menampilkan video Little Pilot sebagai sokongan terhadap pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Beri kanak-kanak inspirasi

Little Pilot mengetengahkan perjalanan seorang gadis bersemangat waja untuk mencapai impiannya yang dianggap mustahil.

Kisah ini menekankan bagaimana Sekolah Pintar Samsung membantu meningkatkan pengalaman pendidikan setiap kanak-kanak dan memberi inspirasi kepada mereka.

Samsung menunjukkan sokongannya dengan memperkenalkan pembelajaran STEM dengan cara yang menyeronokkan dan menarik agar mereka dapat memahami pengetahuan dan mengembangkan kemahiran penting dalam usaha mencapai cita-cita mereka.

Pelancaran kisah berkenaan juga seiring dengan kempen Do What You Can't. Memandangkan dunia sedang bergerak ke arah era digitalisasi, Samsung Malaysia Electronics (SME) mendapati banyak sektor memerlukan pakar dan profesional STEM.

Bagi Samsung, ini peluang terbaik untuknya meneroka potensi terbesar setiap kanak-kanak untuk menjadikan mereka sebagai pengubah masa depan.

Sekolah Pintar Samsung ditubuhkan untuk menyampaikan pengalaman pembelajaran yang luas dan interaktif menggunakan tablet pendidikan dan aplikasi Samsung bagi membantu pelajar memperbaiki minat dan bakat mereka dalam STEM.

Sejak dari awal, matlamat Sekolah Pintar Samsung adalah untuk membantu merapatkan jurang kemahiran digital di kawasan yang kurang mendapat perhatian dan membantu pelajar dalam komuniti ini berkembang.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Sekolah Pintar Samsung dan video Pilot Little, layari laman web www.samsung.com/my/aboutsamsung/sustainability/corporatecitizenship/educ...

30 dibaca
PROGRAM tanggungjawab Sosial Korporat Sekolah Pintar Samsung mewujudkan suasana pembelajaran lebih interaktif.
PROGRAM tanggungjawab Sosial Korporat Sekolah Pintar Samsung mewujudkan suasana pembelajaran lebih interaktif.
Berita Harian X