Sabtu, 14 Julai 2018 | 3:21pm
Pengarah Komunikasi Korporat CGPV, Aeron Munajat (tengah) bergambar bersama pelajar selepas bengkel Bahasa Inggeris Fun English And Motivational Camp, di SMK Tanjung Adang, Gelang Patah. - Foto Mohd Azren Jamaludin

CGPV bantu lahir modal insan cemerlang

ISKANDAR PUTERI: Menyedari pentingannya penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan pelajar sekolah, pengurusan Country Garden Pacificview (CGPV) menjalankan pelbagai inisiatif bagi memastikan mereka mendapat pendedahan awal berkaitan bahasa itu.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat CGPV, Aeron Munajat berkata, pada 29 hingga 30 Jun lalu, CGPV yang juga pemaju projek pembangunan Forest City mengadakan bengkel NST-NIE UPSR di enam sekolah angkatnya di sekitar Gelang Patah.

Sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Morni Pok, SK Tanjong Adang, SK Tiram Duku, SK Tanjung Kupang, SK Ladang Pendas dan SK Pendas Laut.

Pengarah Komunikasi Korporat CGPV, Aeron Munajat (tengah) beramah mesra bersama pelajar, ketika hadir di bengkel Bahasa Inggeris Fun English And Motivational Camp, di SMK Tanjung Adang, Gelang Patah. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Menurutnya, inisiatif itu bukan setakat memperkasakan program pendidikan, malah melahirkan modal insan cemerlang pada masa depan.

"Kami yakin program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan iaitu berusaha membantu remaja luar bandar meningkatkan taraf pendidikan mereka.

"Selain program NST-NIE UPSR, kami menganjurkan bengkel Bahasa Inggeris 'Fun English And Motivational Camp' di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Adang, hari ini.

"Bahasa Inggeris adalah bahasa global yang menjadi medium perantaraan di seluruh dunia dan kami ingin melihat lebih ramai generasi muda mampu bertutur dengan lebih yakin serta menjadi modal insan cemerlang," katanya.

Pengarah Komunikasi Korporat CGPV, Aeron Munajat (tengah) beramah mesra bersama pelajar, ketika hadir di bengkel Bahasa Inggeris Fun English And Motivational Camp, di SMK Tanjung Adang, Gelang Patah. - Foto Mohd Azren Jamaludin
Pengarah Komunikasi Korporat CGPV, Aeron Munajat (tengah) beramah mesra bersama pelajar, ketika hadir di bengkel Bahasa Inggeris Fun English And Motivational Camp, di SMK Tanjung Adang, Gelang Patah. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Aeron berkata demikian ketika ditemui pada bengkel Bahasa Inggeris Fun English And Motivational Camp di SMK Tanjung Adang di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengetua SMK Tanjung Adang, Noor Hafizah Abdul Wahab.

Sementara itu, Noor Hafizah berkata, bengkel itu membabitkan 100 pelajar tingkatan dua hingga empat.

Menurutnya, pengisian bengkel termasuk sesi suai kenal, aktiviti berkumpulan, ucapan awam serta ceramah.

Bengkel bermula jam 9 pagi hingga 5 petang dan semua pihak menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya.

"Bengkel ini dihadiri seramai 34 pelajar jemputan daripada Sekolah Tun Fatimah (STF) yang dikenali sebagai Future Leaders 1721 STF dalam usaha membantu kelancaran aktiviti secara berkumpulan," katanya.

Sementara itu, seorang pelajar SMK Tanjung Adang, Azuan Azhar Shah, 15, berkata penganjuran bengkel seumpama itu amat bermakna baginya dan rakan sekolah.

"Kami sedar penguasaan dalam Bahasa Inggeris adalah penting terutama apabila kami melangkah ke alam pekerjaan.

"Kami berterima kasih atas penganjuran bengkel seumpama ini dan berharap ia akan diteruskan pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Nurul Shafika Abdullah, 15, berkata berpeluang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris menerusi program berkenaan.

"Saya seronok dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan ia memupuk minat untuk menguasainya pada masa depan," katanya.

Berita Harian X