Selasa, 31 March 2020 | 7:43pm
Kelebihan utama kotak ini ialah kemampuannya untuk melindungi petugas daripada risiko terkena jangkitan dan pada masa sama mudah dikendali dan dibersihkan. - Ihsan UTHM
Kelebihan utama kotak ini ialah kemampuannya untuk melindungi petugas daripada risiko terkena jangkitan dan pada masa sama mudah dikendali dan dibersihkan. - Ihsan UTHM

COVID-19: Cipta Kotak Intubasi, alat elak risiko jangkitan

BATU PAHAT: Selepas berjaya menghasilkan pelindung muka, penyelidik Universiti Hussein Onn Malaysia (UTHM), pula mencipta ‘Kotak Intubasi’ untuk digunakan petugas perubatan ketika berdepan dengan pesakit COVID-19.

Pasukan Solusi Teknikal UTHM yang terdiri daripada 10 penyelidik sebagai tanggungjawab sosial dan keprihatinan ketika negara berdepan dengan pandemik wabak COVID-19.

Ketua Projek Kotak Intubasi, Dr Wan Saiful-Islam Wan Salim berkata, proses melakukan intubasi pesakit COVID-19 memerlukan petugas perubatan berada rapat dengan pesakit dan mendedahkan petugas dengan risiko jangkitan.

“Sedar dengan cabaran itu, pasukan ini mencadangkan jalan penyelesaian kepada pihak hospital dengan menghasilkan Kotak Intubasi bagi membantu petugas perubatan perlindungan daripada percikan air daripada pesakit contohnya air liur, batuk dan bersin yang boleh membawa risiko jangkitan.

“Kotak Intubasi ini direka bentuk menggunakan ‘solidwork’ dan dihasilkan menggunakan mesin pemotongan laser yang mengambil masa satu hari untuk menyiapkannya.

“Kelebihan utama kotak ini ialah kemampuannya untuk melindungi petugas daripada risiko terkena jangkitan dan pada masa sama mudah dikendali dan dibersihkan,” katanya.

Pasukan penyelidik UTHM mencipta ‘Kotak Intubasi’ untuk digunakan petugas perubatan ketika berdepan dengan pesakit COVID-19. - Ihsan UTHM
Pasukan penyelidik UTHM mencipta ‘Kotak Intubasi’ untuk digunakan petugas perubatan ketika berdepan dengan pesakit COVID-19. - Ihsan UTHM

Kotak Intubasi ini direka bentuk menggunakan ‘solidwork’ dan dihasilkan menggunakan mesin pemotongan laser yang mengambil masa satu hari untuk menyiapkannya. - Ihsan UTHM
Kotak Intubasi ini direka bentuk menggunakan ‘solidwork’ dan dihasilkan menggunakan mesin pemotongan laser yang mengambil masa satu hari untuk menyiapkannya. - Ihsan UTHM

Beberapa wakil pasukan sudah mengadakan pertemuan dengan pihak Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang pada 30 Mac lalu dengan membawa satu unit prototaip Kotak Intubasi.

“Dalam pertemuan itu, prototaip sudah diuji secara teliti oleh pihak hospital dan pasukan terbabit. Ia mendapat maklum balas positif untuk proses penambahbaikan yang akan dibangunkan dalam masa terdekat ini.

“Penghasilan solusi segera ini akan dapat dicapai melalui kaedah penyediaan prototaip Minimum Viable Product (MVP) kepada pihak hospital untuk maklum balas, walaupun proses inovasi perlu dilakukan secara berulang kali,” katanya.

Beliau berkata, pasukan itu sentiasa bersedia memberikan khidmat kepakaran dan idea masing-masing bagi menjayakan misi dalam usaha membantu petugas kesihatan menangani penularan wabak berkenaan.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X