Khamis, 14 Mei 2020 | 9:10pm
Sekolah antarabangsa, Rafflesia memasang dua pengimbas terma KipleLive di kampus Kajang dan Puchong sebagai persediaan menerapkan norma baharu apabila sekolah dibuka semula.
Sekolah antarabangsa, Rafflesia memasang dua pengimbas terma KipleLive di kampus Kajang dan Puchong sebagai persediaan menerapkan norma baharu apabila sekolah dibuka semula.

Green Packet bersiap sedia, sekolah Rafflesia dibuka semula dalam norma baharu

PETALING JAYA: Green Packet Berhad (Green Packet) bekerjasama dengan Rafflesia Education Group (Rafflesia), untuk mempersiapkan pelajar, guru dan kakitangan pentadbiran, v sekali gus menjadikan ia sekolah pertama yang mengambil inisiatif sedemikian.

Ditubuhkan pada 2010, Rafflesia telah menjadi sekolah pilihan yang berdedikasi dalam menyediakan alat pendidikan terbaik dan persekitaran pembelajaran bertaraf dunia kepada pelajar.

Terkenal kerana sekolah swasta dan antarabangsa, Rafflesia mempunyai dua kampus di Puchong dan Kajang dengan lebih 1,000 pelajar, guru dan kakitangan pentadbiran.

Ketika ini, Rafflesia telah memasang dua pengimbas terma KipleLive di kampus Kajang dan Puchong.

KipleLive adalah penyelesaian dan solusi menyeluruh yang terdiri daripada pengimbas termal kecerdasan buatan, aplikasi untuk pengguna dan perisian untuk pasukan pengurusan.

Dengan pengimbas terma KipleLive yang beroperasi di pintu masuk utama bangunan Rafflesia, pelajar hanya perlu mengimbas suhu muka dan badan mereka serta dibenarkan masuk ke dalam bangunan tanpa hubungan fizikal dan selagi tidak mempunyai simptom demam.

Selain itu, aplikasi KipleLive membolehkan pelajar dan guru memasukkan maklumat peribadi, keluarga dan juga catatan perjalanan terbaharu mereka untuk tujuan mencari kontak mereka.

Dengan data yang semua disimpan secara digital, sekolah akan mempunyai laporan jelas dan tepat mengenai jadual serta menguruskan jadual waktu makan tengah hari dan waktu rehat dalam kalangan guru, kakitangan pentadbiran, dan pelajar dengan berkesan.

Susulan Rafflesia menjadi sekolah pertama yang bersiap sedia untuk norma baharu, ini menambah pencapaian baharu kempen Green Packet, "Kami Sedia".

Sejak pelancarannya, Green Packet semakin agresif membantu perniagaan mereka memulakan operasi dengan lancar, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Green Packet dan MD Group, CC Puan, berkata kempen ini bermatlamat mendorong perniagaan Malaysia menerapkan norma baharu untuk mengatasi pandemik COVID-19 dengan mempercepatkan penerapan transformasi digital.

"Akhir-akhir ini, kami mendapati pelbagai pihak berminat dan ini adalah berita baik. Orang ramai mengambil tindakan serius untuk membantu mengurangkan penularan COVID-19 serta memastikan bahawa bangunan dan premis selamat untuk komuniti mereka.

"Lebih-lebih lagi, semua usaha dilakukan untuk berdepan norma baharu ketika pandemik ini, penting dan membabitkan pendidikan generasi muda kita.

"Oleh itu, kami berbangga dapat bekerjasama dengan Rafflesia untuk mempersiapkan pelajar, guru, dan kakitangan pentadbiran untuk menerapkan norma baharu apabila sekolah dibenarkan dibuka," katanya.

Sementara itu, Pengetua Rafflesia, Andrew Crompton, berkata pandemik menyebabkan penutupan sekolah selama hampir tiga bulan.

"Sejak itu, Kementerian Pendidikan telah berusaha sepanjang masa untuk menerapkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat agar sekolah mematuhi kesihatan dan langkah keselamatan ketika sekolah dibuka semula.

"Walaupun kami tidak pasti bilakah sekolah akan dibuka semula, adalah penting bagi pendidik seperti kami bersiap sedia untuk menerapkan norma baharu dan mencari cara untuk mengekang penularan COVID-19," katanya.

Tambahnya, hari ini banyak ibu bapa prihatin akan keselamatan anak mereka kembali ke sekolah.

"Memandangkan keadaan semasa ini, tidak ada yang lebih penting daripada menjaga komuniti kita selamat. Oleh itu, kami memutuskan mengambil langkah pertama untuk memasang pengimbas termal di kampus kami," katanya.

Penyelesaian KipleLive juga dapat digunakan secara erat dengan jenama fintech Green Packet, kiplePay, sistem pembayaran e-dompet yang digunakan oleh universiti, restoran dan perniagaan kecil.

Dengan penularan COVID-19 dan kebimbangan mengenai kebersihan meningkat, penggunaan perkhidmatan tanpa tunai akan dilihat menjadi sebagai salah satu pilihan sekolah untuk diterokai dan berkembang maju.

"Mungkin, ini juga masa yang tepat untuk semua sekolah pergi tanpa tunai. Kurang pengendalian wang tunai bermaksud, kurang menyebarkan virus, kecurian dan membuli. Analisis ringkas dirakam dalam aplikasi mudah alih akan dapat menunjukkan maklumat berguna mengenai bagaimana perbelanjaan wang anak mereka di sekolah," kata Puan.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://ready.greenpacket.com atau http://www.ris.edu.my/

Berita Harian X