Jumaat, 8 Disember 2017 | 4:54pm
DATIN Seri Rosmah Mansor merasmikan Majlis Pelancaran Puteri Mobil Spa, di laman Puteri, PWTC, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
DATIN Seri Rosmah Mansor menyolek Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada Majlis Pelancaran Puteri Mobil Spa, di laman Puteri, PWTC, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Spa bergerak jana pendapatan

KUALA LUMPUR: "Perniagaan dalam bidang kecantikan secara mobiliti diyakini dapat membantu wanita muda menjana pendapatan ekonomi masing-masing," kata Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datin Naszriah Ngasri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui BH, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Awal hari ini, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyempurnakan Majlis Pelancaran Puteri Mobil Spa, di laman Puteri, PWTC.

Naszriah berkata, inisiatif itu menunjukkan Puteri sentiasa mengambil kira isu kenaikan kos sara hidup rakyat seterusnya melaksanakan pelbagai program berkaitan.

"Sebenarnya inisiatif itu sudah lama bermula, namun ia baru dijenamakan.

"Setakat ini, maklum balas diterima amat menggalakkan.

"Bagi yang belum sertai usaha mobil spa ini, diharap merebut peluang keemasan ini, yang mana tak pandai (berniaga dalam bidang kecantikan), kita boleh ajar sampai pandai," katanya.

31 dibaca
Berita Harian X