Isnin, 11 Disember 2017 | 7:02pm
MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bertanya khabar keadaan kesihatan guru yang menghidap penyakit kanser limpa, Hasnah Din, selepas Program Guru Pembina Negara Bangsa Peringkat Negeri Pahang 2017 di Dewan Tun Abd Razak Temerloh.

MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid Pembina Negara Bangsa Peringkat Negeri Pahang 2017
MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid Pembina Negara Bangsa Peringkat Negeri Pahang 2017

Mustahil Kit Siang tolak jadi PM: Mahdzir

TEMERLOH: Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang dicabar membuat kenyataan rasmi bagi menafikan hasratnya menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata Ahli Parlimen Gelang Patah itu sudah berada dalam politik selama 50 tahun dan DAP sendiri mempunyai 38 kerusi Parlimen berbanding parti lain dalam gabungan pembangkang.

"Mustahil beliau akan menolak untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pilihan raya (umum) kali ini.

"Bagi memastikan beliau menjadi Perdana Menteri, Kit Siang sebenarnya perlu mendapatkan sokongan Melayu dan beliau berjaya menggunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dijadikan alat menarik pengundi Melayu," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya ketika menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) dilaporkan berkata, beliau mendengar khabar ada orang bernama Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri.

MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid Pembina Negara Bangsa Peringkat Negeri Pahang 2017
MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid Pembina Negara Bangsa Peringkat Negeri Pahang 2017

Ia berdasarkan kenyataan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi di Pulau Pinang, Tan Beng Huat yang keluar dari DAP kerana mendakwa Kit Siang seorang diktator selain tidak boleh menerima cara pemimpin veteran DAP itu.

Hari ini, BH melaporkan kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa Najib betul apabila menyatakan Kit Siang berhasrat menjadi Perdana Menteri.

Abdul Aziz mendakwa disebabkan itu Kit Siang enggan melepaskan jawatan tertinggi dalam DAP supaya boleh mengawal parti terbabit.

Beliau juga dilaporkan berkata, Kit Siang perlu menjadi Perdana Menteri bagi menyelamatkan anaknya, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang daripada dihukum penjara kerana tuduhan rasuah.

Terdahulu, petang ini, Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan merasmikan Program Guru Pembina Negara Bangsa Peringkat Negeri Pahang 2017 di Dewan Tun Abd Razak Temerloh.

Berita Harian X