Ahad, 8 April 2018 | 5:47pm

BN bukan beri janji kosong

KUALA LUMPUR: Manifesto Barisan Nasional (BN) adalah satu bentuk janji berteraskan kepentingan jangka panjang dan bukannya janji yang belum tentu dapat ditunaikan.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Azmi Hassan, berkata dalam manifesto BN kali ini terkandung dua program iaitu Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), yang bermula pada 2016 dan bakal tamat 2020.


PENGANALISIS politik dari UTM, Prof Madya Dr Azmi Hassan. - Foto Salhani Ibrahim

Dalam hal ini, katanya, strategi manifesto juga perlu dikaitkan dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang sedang dilaksanakan.

"Kaitannya antara manifesto dan ketiga-tiga program transformasi ini membezakan manifesto BN dengan Pakatan Harapan atau PAS.

"Manifesto BN berteraskan kepentingan jangka masa panjang dan bukannya dibuat bersandarkan kepada janji yang belum tentu dapat ditunaikan.

"Ini adalah kerana TN50, RMke-11 dan GTP adalah dasar kerajaan yang terbuka berjaya dilaksanakan. Lagipun, manifesto bukan hanya untuk tempoh lima tahun, tetapi ia sebenarnya melampaui satu dekad lamanya.

"RMKe-11 dan GTP umpamanya sudah melalui saringan ketat dan ujian, demi memastikan negara ini tidak menghadapi masalah masa depan," katanya ketika dihubungi wartawan NSTP, hari ini.


PENGERUSI BN, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan buku Manifesto BN pada Pelancaran Manifesto PRU14 'Bersama Barisan Nasional Hebatkan Negaraku' di Stadium Axiata Arena malam tadi. - Foto BERNAMA
24 dibaca
Berita Harian X