Selasa, 24 April 2018 | 5:46pm
DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bergambar dengan calon Barisan Nasional bagi kerusi parlimen di majlis Pengumuman dan Penyerahan Watikah Calon Barisan Nasional Perak bagi Pilihan Raya Umum ke-14 di Dewan Serbaguna Kediaman Menteri Besar Perak. - Foto L Manimaran
DATUK Heng Seai Kie. - Foto NSTP
CALON Barisan Nasional DUN Buntong, T Thangarani. - Foto ihsan Pejabat MB
CALON Barisan Nasional DUN Simpang Pulai,Liew Yee Lin. - Foto ihsan Pejabat MB
CALON Barisan Nasional DUN Trong,Jamilah Zakaria. - Foto ihsan Pejabat MB

BN Perak kemukakan 13 calon wanita

IPOH: Buat pertama kali Barisan Nasional (BN) Perak menyenaraikan calon wanita paling ramai iaitu 13 orang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tiga calon bertanding kerusi Parlimen manakala 10 lagi bertanding kerusi DUN dengan dua daripadanya ialah Ketua Pergerakan Puteri UMNO bahagian masing-masing.

Tiga yang bertanding kerusi Parlimen ialah Ketua Wanita MCA Kebangsaan Datuk Heng Seai Kie di Parlimen Gopeng, Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar) dan Ketua Wanita MCA Bahagian Ipoh Timur Kathleen Wong Mei Yin (Ipoh Timur).

Bagi kerusi DUN, antara nama besar wanita yang dicalonkan ialah Ketua Wanita UMNO Perak Datuk Rusnah Kasim yang akan bertanding mempertahankan kerusi DUN Behrang, Ketua Wanita GERAKAN Datuk Tan Lian Hoe (Jalong).

Timbalan Ketua Wanita MIC Pusat yang juga Ketua Wanita MIC Perak T Thangarani pula bertanding di Buntong dan Ketua Puteri UMNO Perak, Salbiah Mohamed (Temenggor).

Selain itu, itu kerusi DUN Tualang Sekah turut mengekalkan calon wanita iaitu Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi yang juga Exco Kerajaan Negeri.

Beberapa kerusi lain juga diletakkan muka baharu wanita, antaranya Saliza Ahmad (DUN Kubu Gajah), Norsalewati Mat Norwani (DUN Titi Serong), Jamilah Zakaria (DUN Trong), Lee Li Kuan (DUN Pokok Assam) dan Liew Yee Lin (DUN Simpang Pulai).

Ketua Wanita UMNO Pasir Salak Datuk Wan Norashikin Wan Noordin kembali bertanding di DUN Kampung Gajah selepas tidak dicalonkan pada PRU-13.

Pada PRU-13 yang lalu, BN Perak meletakkan 10 calon wanita dengan empat daripadanya menang manakala enam lagi tewas.

70 dibaca
Berita Harian X