Khamis, 26 April 2018 | 3:31pm
TAN Sri Joseph Kurup. - Foto NSTP

Arthur bawa suara orang muda

KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup, percaya anaknya, Arthur mampu membawa suara golongan muda di kawasan Parlimen Pensiangan ke tahap lebih tinggi.

Arthur, 36, yang juga Timbalan Presiden PBRS diumumkan sebagai calon Parlimen Pensiangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman, hari ini.

Beliau yang juga Duta Transformasi Nasional 2050 (TN50), menggantikan bapanya yang menyandang kerusi Parlimen itu.

Kurup ketika ditemui di Bangunan UMNO negeri di sini, berkata, walaupun Arthur masih muda, beliau komited dan sudah biasa mendampingi rakyat, khususnya di Pensiangan.

"Tambahan lagi, Arthur adalah duta TN50 yang akan membawa suara golongan muda ke tahap lebih tinggi," katanya.

Kurup berkata, beliau masih mengetuai PBRS dan akan menyusun semula parti berkenaan yang mempunyai 80,000 ahli.

Selain Parlimen Pensiangan, PBRS turut bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sook yang akan diwakili penyandang kerusi berkenaan, Datuk Ellron Angin.

Berita Harian X