Selasa, 15 Mei 2018 | 11:16am
SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng bersama Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo keluar meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana selepas mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PM jumpa beberapa pemimpin DAP

PUTRAJAYA: Lim Guan Eng yang dinamakan sebagai Menteri Kewangan bersama beberapa kepimpinan tertinggi DAP dilihat meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) kira-kira jam 10.08 pagi tadi.

Bersama Guan Eng dalam kenderaan yang sama adalah Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo.

Turut dilihat meninggalkan YKP adalah Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Wartawan yang berada di luar perkarangan YKP cuba mendapatkan ketiga-ketiga mereka namun, mereka tidak memberhentikan kenderaan sebelum beredar meninggalkan bangunan itu.

Difahamkan, ketiga-tiga mereka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berlangsung dalam tempoh satu jam.

Kira-kira 10.35 pagi tadi, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad dilihat memasuki YKP untuk bertemu Dr Mahathir.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X