Ahad, 21 Oktober 2018 | 8:22pm
RAFIZI Ramli. - Foto NSTP
RAFIZI Ramli. - Foto NSTP

PKR Cabang Klang pilih Rafizi

KLANG: Keputusan pemilihan PKR Cabang Klang menyaksikan calon Timbalan Presiden, Rafizi Ramli mengatasi pencabarnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Rafizi memperoleh undi sebanyak 1,084 undi, manakala Mohamed Azmin menerima 719 undi.

Bagi calon Naib Presiden daripada kem Reformasi 20 tahun yang diketuai Rafizi, Nurul Izzah Anwar menerima sebanyak 1,401 undi, diikuti S Kesavan (1,262), William Leong (1,206), Datuk Johari Abdul (1,143).

Sementara calon dari kem Mohamed Azmin pula, Dr Xavier Jayakumar memperoleh 836 undi, Zuraida Kamaruddin (730), Tian Chua (708) dan Shamsul Iskandar Mat Akin (630).

Bagi jawatan Ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh mengatasi lawannya Haniza Talha manakala calon Timbalan Ketua Wanita PKR Rodziah Ismail meninggalkan Dr Daroyah Alwi.

Fuziah memperoleh sebanyak 623 undi manakala Haniza menerima sebanyak 404 undi.

Rodziah pula menerima sebanyak 597 undi dan lawannya Dr Daroyah hanya memperoleh 385 undi.

Bagi jawatan Ketua AMK Pusat pula, Akmal Nasrullah Mohd Nasir memperoleh 283 undi, Afif Bahardin (176) dan Mohd Najwan Halimi (23).

Berita Harian X