Jumaat, 28 Disember 2018 | 5:22pm
Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di PICC, Putrajaya. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Muhyiddin pengerusi Mesyuarat Pimpinan Tertinggi BERSATU

PUTRAJAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu sempena Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, petang ini.

Beliau tiba kira-kira jam 4 petang di sambut Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya.

Perhimpunan Agung Tahunan kali kedua BERSATU membuka tirai dengan pembukaan serentak perhimpunan agung tahunan sayap Srikandi dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) malam ini.

Majlis perasmian perhimpunan sayap parti itu akan disempurnakan Muhyiddin.

PAT BERSATU kali ini mencatatkan sejarah tersendiri parti itu kerana pertama kali diadakan selepas Pakatan Harapan (PH) menerajui kepemimpinan negara susulan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Mei lalu.

Berita Harian X