Jumaat, 28 Disember 2018 | 11:04pm
KETUA ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kiri) yang mengalami kecederaan tetap bersemangat pada malam perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi dan ARMADA, malam ini. - Foto ASYRAF HAMZAH

Luka Syed Saddiq masih berbalut

PUTRAJAYA: Dalam keadaan pipi kanan yang masih berbalut luka, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetap bersemangat pada malam perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi dan ARMADA, malam ini.

Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan dilihat berada sebaris bersama Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di atas pentas ketika ucapan perasmian oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Difahamkan, Ahli Parlimen Muar itu mengalami cedera ringan selepas jatuh daripada motosikal beberapa hari lalu sehingga luka di pipi kanan.

Syed Saddiq turut menarik perhatian perwakilan media apabila dilihat memandu sendiri ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) petang tadi.

Beliau yang berbaju Melayu Johor berwarna merah dilihat berjalan dengan kaki terhincut-hincut sambil muka berbalut di pipi kiri.

Sementara itu, Muhyiddin sempat mengusik pemuda berusia 25 tahun itu dalam ucapannya pada majlis perasmian Srikandi dan ARMADA BERSATU.

“Malang sedikit... wajah yang hensem hari ini terjejas, kerana jatuh daripada motosikal. Saya doakan beliau pulih dan sihat dengan segera,” katanya.

Usikan itu mendapat tepukan dan sorakan gemuruh seluruh dewan.

Lebih 1,600 perwakilan Srikandi dan ARMADA hadir pada majlis perasmian berkenaan.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X